2018-04-17

Gunung Muntahak, Kota Tinggi

As usual nak buat opening sangatlah struggle. *tak tahu nak tulis apa? hadoi.. 

Mendaki gunung ini bukanlah idea yang sebenar. Kalau ikut aku punya geografi punya knowledge, i do not know about this mountain at all. Hahahahaha. 

The story start when we stuck di awal pendakian bukit sisek, awal-awal dah kena tahan...sebab kami tak prepared any approval untuk kami mendaki (permit) For your information, nak mendaki bukit sisek sekarang tersangat ketat, tak boleh main serbu-serbu jer, ada orang jaga from Jabatan Perhutanan Johor. By the way, ini untuk keselamatan kita bersama. ye ke idok =)

Cut the story, kami pun pergi Muntahak ni since ini sahaja gunung yang agak santai (*mampuihhh), actually gunung ini sahaja yang tidak dikawal ketat oleh Jabatan Perhutanan Johor (on that time)
Disebabkan dah terlalu lewat, kita sampai sungai sahaja, and promised to repeat sampai puncak. 
So here you go... 

Nak pergi ke kaki gunung kena naik 4x4, view die acah-acah ladang teh Cameron Highland. Hahahahahaha


Actually, inilah puncak gunung. Nothing to show off here. View tak ada.
But.....

Kita ada sungai boleh main air. Love it. This is the main reason why we repeat here. 

Awesome waterfall. No comments. 


#tiktophiking

Gunung Arong, Mersing

Just nak share how beautiful Arong Mountain punya  permandangan kali ini walaupun jerebu agak kuat time tu.

First time hiking Arong Mountain, I'm falling in LOVE...

Sebelum nak redah gunung Arong, kena redah satu kampung yang agak lovely and harmony...



Kemudian, pendakian kami bermula. Mula-mula jer dah hiking almost 90 degree.


Alhamdulillah, kami boleh endure the pain with smile



The view blocked with bad haze on that time. But the most happy me is a beach with clear water.

SubhanaALLAH.. love it.

After having some 'party', it's time to say good bye. sob sob sob..


I will sure to return back at this wonderful place. 

#tiktophiking






2017-10-28

Bangkok, Thailand

Jika di facebook orang sibuk share itenary bagai, aku kat sini untuk throwback jerrrr..
Aku pergi melancong di Bangkok sekitar bulan february. Apa yang aku rindu sangat dengan Thailand ialah makanan dia, level A++. Perghhh telan air liur aku sekarang. Gulp!.







Perkara pertama aku cari di Bangkok,Thailand ialah Tomyam. Memang padu lorrrr…Tapi aku dapat info dari bos aku; ‘Orang Thailand tak makan tomyam, makanan tomyam untuk orang miskin jer’…menusuk wey. Bila aku pikir balik, peduli apa, aku tetap nak repeat ke Thailand untuk rasa tomyam dia. Aku miskin. So What?? Hahahahaha. 











Cuaca thailand memang panas lit lit lit, so kita cari masjid bagi sejuk sikit. ko nak cakap aku poyo kan? Hahahaha. Inilah satu-satunya masjid yang aku jumpa kat Bangkok. Bukan perkara mustahil kerana Islam bukanlah agama majoriti disana, malah minoriti kepada minoriti, berbanding di selatan Thailand. #doneinform





On the way balik dari masjid, nampak kedai kopi pakcik ni, ramai local thai lepak situ. Saja nak try local coffee camne rasa. Perghhhh sampai kehari ni teringat-ingat. Meleleh dah air liur ni..




First day kami di Bangkok; excited giler sampai semua benda nak pergi. Tapi dengan masa yang ada so hanya beberapa tempat saja terpilih seperti Jim Thampson punya rumah, thai castle, temple, and night market.

 
Architect rumah Jim ni sangat menarik sampai dijadikan muzium tapi untuk bayar masuk kedalam, not so us. So, jangan tanya aku sapa Jim? Hahahahaha… Aku masuk muzium free jer sekarang. Ekonomi gawat kena pikir 2-3 kali kalau nak masuk muzium berbayar. hahahaha

 
Try nak masuk castle tapi dah tutup. Sob sob sob. Plus baju kami tak sesuai untuk masuk kerana local Thai still berkabung dengan kemangkatan Raja Thailand.







One of temple kat Bangkok. Pergi satu temple pun dah cukup kot. hehe









Khoa San Road, feymes dengan night market dalam kalangan backpacker. But this market not achieved my expectation; Pub/Bar yang feymes kat sini, hakak ingat local food with mango, coconut icecream etc.. huhu








__________________________________


Second day sudahhhhh, kami planning pergi jauh dari bangkok. Kononnya nak tengok more culture di Thailand. kahkahkah acah acah acah mak enon jer...
Aperpun, kite breakfast dulu (penting untuk hari yang padat), so kami decide breakfast dekat gerai tepi jalan berhampiran masjid yang pergi semalam, kedai mokcun (mak cik pakai bedak sejuk).


Terangkat wey… segala mee kat kedai tu kami try… menitis air liur teringat semua ni.



Dah habis??? moh kite gerak geng... hahahahahaha...
After perjalanan agak jauh. Kami sampai ke destinasi yang wajib kami lawati kononya. (semua travel kali ni acah acah mak enon). Terpengaruh dengan travel backpacker di facebook semuanya ni...
Mission utama kami. Visit the most dangerous market in the world. Maeklong Market. Kalau nak tengok keretapi lalu dalam pasar ni,boleh jenguk kat my insta #throw<-sawadekaptika




Gambar bukti dah sampai dah ambil, kita fokus untuk makan tengahhari. So kami cari makan area Maeklong Station. Makanan/Minuman tak pernah mengecewakan. Again terliur…

Then, kami pergi floating market pulak;Amphawa floating market.
Mostly, kedai tepi sungai, cuma sedikit sahaja orang bukak kedai disampan.


Cukuplah untuk hari kedua, mari balik hotel kat Bangkok. Kepada yang bertanya kenapa tak tidur kat sana jer sebab perjalanan agak jauh. Jawapannya, kami tak terfikir pulak, hahahahaha.

__________________

Third day, kami lebih fokus di bandar Bangkok mencuci mata. 




Chatucak Market here we go… barang from A o Z, semua ada disini. Harga pun berpatutan. Ok gais, boleh serbu sini lagi, Hahahahaha.












Last dinner,kita tapau sahaja. Penat cuci mata…








Balik Malaysia, sambung cuti alasan jet leg, ini semua poyoooo… jet leg mende, dua jam pun tak sampai- Bangkok-KL. huhuhu

2016-08-25

Gunung Panti, Kota Tinggi

Sedikit sedih la kat sini since mission uncompleted. **straight to the point teruihhhh =p, ok habis dah citer... hahaha.

So, tak banyak gambar nak show off kat sini.. sob sob sob ='(

Aku memang akui cuaca pagi itu agak mendung kelabu berarak perlahan, Bila sampai jer starting point pertama, hujan dah turun renyai-renyai. Menggelabah simpan handphone dalam plastic beg dalam beg, punya la nak secure, tak nak kena air, so itulah antara sebab kenapa kurang gambar...

Then awal-awal guider dah cakap terang-terang, kalau petir memang kena turun balik..
Petir memang tak ada, guruh pulak, since kata guider, kalau guruh lebih 10 kali itu tanda hujan lebat bakal melanda..< ayat skema betuiii >, Guider kira memang dah lebih 10 kali tapi still teruskan perjalanan, sampai satu tahap tu , sampai tak tahu nak ikut jalan mana,disebabkan pokok tumbang.. Bak kata guider lagi, pokok tumbang tak jadi masalah, kita boleh buat laluan, tapi pokok bakal tumbang, since angin kencang, pokok tinggi-tinggi, probability nak tumbang menimpa pendaki tu ada,,, so, for everyone safety, we are forced to stop now..

and lets mandi air hujan.. yahuiiiiiii!!!!!


Time nie, dah kena turun dah.. sob sob sob...
First time, hiking tak sampai puncak, nevermind, tak lari gunung dikejar.. **keep that words


The view quite awesome, repeat untuk ke puncak, In-Sya- ALLAH..


Cuaca yang lembab membuatkan ramai nak 'menumpang'..
tahu tak sape nak menumpang?? hahahaha
its PACCCCaaaaaaaaTTTTTTTTTTTTTTTTT gaisss >> kalau boleh time ni, nak jalan tanpa jejak tanah... ='/




#tiktophiking

2016-08-22

Bukit Sisik, Kota Tinggi, Johor

hurrey weekend time... tapi tak ada apa nak buat kan?? makanya, hadap phone sampai jadi panda... itulah yang aku akan buat. #foreverAlone .Rasa bosan ni sampai pernah terpikir nak upah teman lelaki upahan untuk bawa aku jalan-jalan, tapi tak ada banglo pulak nak bagi.. hati perempuan betul!!  kahkahkahkah... Nonsense ok!!! =p

Sekarang tidak lagi.. hobi baru muncul sudah... #hiking.. hehe.. mampukah??? jangan banyak tanya la,, jom!!!

Nampak tak? ni baru sikit.. view die.. Allahu, cantik ciptaan-Nya... 
Ini team my big bro, aku tumpang jer.. dasar parasitttttt! hahahaha


I love nature.. hirup udara, nyaman sekali...


perjalanan yang sangat mencabar.. tapi berbaloi-baloi..


tangan dan kaki main peranan..


syok sangat...sambil jalan, kaki boleh masuk air.. sejuk, mengigil wey...

tengok,, cantikkan?? love the view...

Ade orang panggil nie bukit botak tapi ade jugak orang panggil ni bukit pasir,, tapi aku tak kisah panggil ape, since aku dah sampai !!!! fuh.. letih dia ya amat, rasa macam tak nak continue perjalanan lagi.. ingat katil giler-giler time ni...

teruskan jugak perjalanan, yuhuuuuiii kita mendaki lagi untuk ke destinasi seterusnya... perjalanan kali ni lebih kering dan mendaki lebih 60 degree.. peluh jantan keluar, semerbak bau...


finally... here I am...
puncak bukit sisek nie, tak adalah menarik sangat, tapi rasa puas bila dah sampai..

okay, tiba masa turun, kita lepak sat...sambil berendam,, time nie teringat nasi kat umah dah....

happy feet
letih mak aihhhh..

#tiktophiking



2016-08-21

Ho Chin Minh, Vietnam

Malas nak typing banyak-banyak cerita apa menarik dekat HCM nie, since kat sana macam salah satu daerah dekat Malaysia nie.. Rakyat sana pun boleh cakap melayu sikit-sikit, jadi korang dapat bayangkan tak berapa ramai rakyat Malaysia berhimpun kat sana..

Terus terang aku sebenarnya bukan datang nak membeli belah bagai, just untuk jenjalan sahaja, so untuk si kaki belanja ke kaki shopping ker kaki betina sekalipun kat sini bukan untuk korang kutip info.. =p
Tapi dari segi pemerhatian aku, kat sana ramai giler rakyat Malaysia shopping kain, dari peniaga butik sampailah pembeli untuk diri sendiri. Dieorg kata murah, aku pun iyer kan ajer, kahkahkahkah (bukan minat aku), dah la orang peniaga Vietnam ni Mafia beb >> dush!

Tak sah kan kalau tak belanja gambar-gambar, jom tengok..

Nie time kami tunggu flight kat KLIA, since aku dari Johor, so terpaksa la bermalam di KLIA,.. time tu laa.. KLIA is our home.. pergghhhh, villa tak dapat lawan nie.. kekeke


muka eksaited guna passport time fly, selalunya naik bus pun guna passport, coiii!

touch down HCM, nampak mende alah nie, konon hipster la baiii... tuiiihhh.. tapi Panaih Lit Lit.. merecik peluh jantan...




Ok tak tipu, jus mangga die, mak aihhhhh... lalu kat tekak, mintak lagi. tak cUKUP!





 Kami naik bas jer nak keliling bandar HCM nie, jimat murah dan agak berbaloi....





 Ni la market yang dok orang cakap, gayanya macam best giler kaw kaw, tapi aku rasa tinggi lagi level Pasar MeK Siti..

tak dapat tahu sapa guys yang terpacak kat belakang tu?? hahaha... semua info dalam bahasa vietnam, ingat aku pakar bahasa vietnam?? so just selfieee.. muah.. tuih!



Jalan-jalan malam sambil minum kopi die,..memang terbaik!!,, dah balik Malaysia, baru rasa rugi tak beli kopi die.. sob sob sob.. ;''( 

Air kelapa ni bukan hiasan, memang dia bagi untuk trip kali ini, by the way, this trip untuk mekong tour. 
pssst... here is the info for this mekong tour - rm60 fee, only visit coconut candy, coconut paper, riding car horse bout 1km (not sure), eat fruits (tp sikit sgt πŸ™„) while vietnames sing the classical song, 'naik sampan', honey bee then go back.πŸ’€ --take mostly a day. by bismillah tour (halal trip). for those who's like challenging, i dont advice this trip. quite boring πŸ˜‚. tetibe cakap omputih.. kahkahkahkahkah.. at least i'm try... puahahahahaa... 

nie antara aktivitinyer,,,  

kat melaka boleh naik kan?? see nothing special, just different culture

sikit kan?? mana cukup oiiiii...




ni sedikit info yang mungkin tuan puan sekalian tak tahu.. kekekeke

HCM Trip 3D2N πŸ‡»πŸ‡³
ticket flight (return) - rm213/pax
hong hac hotel - rm322/room
food - bring ur own 🐷~meggie lorrr (hard to find the halal food, if have, it's to expensive-but lapo😹

untuk those yang suka shopping, bagi la sikit from my view
 - first of all, try to find what we want first then think the others..but when your family member orders something, u feel that u need to buy no matter what, then u will forgot bout ur wants. its happened to meπŸ˜…. dush! kahkahkah..
+bent thant market. its out of our expectations, maybe our expectations is so high. just one floor.. the seller quite rude with customer, the tour guide for mekong trip called them 'Mafia'.. i got seller that said to me "no buy, no asked", kind of gengster attitude rite? nevermind, its her country, she can do whatever she want, do come Malaysia lar, we will show how to treat customer with the manner. 😹
+ban thay market. quite busy market,,the seller more manner, but still forcing us to buy. its quite annoying for me, i dont like it.
+night market. around bent thant market. the price doesnt have difference in indoor market (what i mean is bent thant market). just different in day and night. πŸ˜‚
+sightseeing at night. actually we dont know what the best view in vietnam since didn't have any planning, so kita redah sampai pecah tumit. so we just walking without thinking.πŸ˜… i want to try skydeck but my friend refused, she said "membazir!" hahahaha... then we just walking until we found a guy. rock guy! actually i dont know who he is? πŸ˜‚. and i also dont know what the place i found him. i want to read their history but unfortunately they are not traslated it to english at least. 😭😭😭



#tiktoptravel