2010-10-20

ASMara oh asmaRA (ep7)

Asmara pulang dari kampung dan terus melepaskan Zaliya. Malah asmara nekad membawa Zaliya pindah dari rumah Sahlan. Pada mulanya Zaliya tidak mahu, Sahlan juga menentang keras, bagaimanapun Asmara bertegas sebagai suami dia berhak membawa ke mana sahaja Zaliya pergi. Zaliya minta Asmara menceraikannya, tetapi daam keadaan dia mengandung Asmara tidak akan menceraikannya. Asmara menyewa sebuah rumah pangsa/teres biasa yang serba sederhana. Mahu tidak mahu Zaliya terpaksa mengikutnya. Sahlan kesal tindakan Asmara. Bagaimanapun Rahayu menyokong tindakan Asmara. Rahayu memberi bantuan kewangan kepada Asmara kerana Asmara masih belajar, tetapi Asmara tidak mahu menerima bantuan tersebut.Sebaliknya Asmara melakukan kerja sambilan untuk menampung kehidupannya dengan Zaliya.Asmara membantu seorang kenalannya di sebuah cyber café.Malik juga terkejut dengan tindakan Asmara.

No comments: