2010-10-31

ASMara oh asmaRA (ep8)

Melati pulang ke rumah keluarganya dan Imran bertanya hubungannya dengan Asmara. Melati menyembunyikan apa yang sedang dilaluinya. Imran bagaimanapun memberitahu Melati apa yang dilihatnya di depan klinik. Melati kecewa apabila mendengar kata-kata Imran.Imran mengesyaki Asmara sudah berkahwin dan isterinya sedang mengandung.Melati sedih mendengar berita tersebut.dia berusaha mencari Asmara. Melaui kawan-kawannya Melati berjaya menemui Asmara di bengkel tempat dia bekerja. Asmara menolak tawaran Sahlan dan Malik untuk bekerja dengan mereka selepas tamat pengajiannya. Akhirnya Asmara mengaku kepada Melati tentang perkahwinannya dengan Zaliya.Tetapi menyembunyikan hal Zaliya yang sudah mengandung .Melati sangat kecewa kerana Asmara berahsia dengannya selama ini.

No comments: