2017-10-28

Bangkok, Thailand

Jika di facebook orang sibuk share itenary bagai, aku kat sini untuk throwback jerrrr..
Aku pergi melancong di Bangkok sekitar bulan february. Apa yang aku rindu sangat dengan Thailand ialah makanan dia, level A++. Perghhh telan air liur aku sekarang. Gulp!.







Perkara pertama aku cari di Bangkok,Thailand ialah Tomyam. Memang padu lorrrr…Tapi aku dapat info dari bos aku; ‘Orang Thailand tak makan tomyam, makanan tomyam untuk orang miskin jer’…menusuk wey. Bila aku pikir balik, peduli apa, aku tetap nak repeat ke Thailand untuk rasa tomyam dia. Aku miskin. So What?? Hahahahaha. 











Cuaca thailand memang panas lit lit lit, so kita cari masjid bagi sejuk sikit. ko nak cakap aku poyo kan? Hahahaha. Inilah satu-satunya masjid yang aku jumpa kat Bangkok. Bukan perkara mustahil kerana Islam bukanlah agama majoriti disana, malah minoriti kepada minoriti, berbanding di selatan Thailand. #doneinform





On the way balik dari masjid, nampak kedai kopi pakcik ni, ramai local thai lepak situ. Saja nak try local coffee camne rasa. Perghhhh sampai kehari ni teringat-ingat. Meleleh dah air liur ni..




First day kami di Bangkok; excited giler sampai semua benda nak pergi. Tapi dengan masa yang ada so hanya beberapa tempat saja terpilih seperti Jim Thampson punya rumah, thai castle, temple, and night market.

 
Architect rumah Jim ni sangat menarik sampai dijadikan muzium tapi untuk bayar masuk kedalam, not so us. So, jangan tanya aku sapa Jim? Hahahahaha… Aku masuk muzium free jer sekarang. Ekonomi gawat kena pikir 2-3 kali kalau nak masuk muzium berbayar. hahahaha

 
Try nak masuk castle tapi dah tutup. Sob sob sob. Plus baju kami tak sesuai untuk masuk kerana local Thai still berkabung dengan kemangkatan Raja Thailand.







One of temple kat Bangkok. Pergi satu temple pun dah cukup kot. hehe









Khoa San Road, feymes dengan night market dalam kalangan backpacker. But this market not achieved my expectation; Pub/Bar yang feymes kat sini, hakak ingat local food with mango, coconut icecream etc.. huhu








__________________________________


Second day sudahhhhh, kami planning pergi jauh dari bangkok. Kononnya nak tengok more culture di Thailand. kahkahkah acah acah acah mak enon jer...
Aperpun, kite breakfast dulu (penting untuk hari yang padat), so kami decide breakfast dekat gerai tepi jalan berhampiran masjid yang pergi semalam, kedai mokcun (mak cik pakai bedak sejuk).


Terangkat wey… segala mee kat kedai tu kami try… menitis air liur teringat semua ni.



Dah habis??? moh kite gerak geng... hahahahahaha...
After perjalanan agak jauh. Kami sampai ke destinasi yang wajib kami lawati kononya. (semua travel kali ni acah acah mak enon). Terpengaruh dengan travel backpacker di facebook semuanya ni...
Mission utama kami. Visit the most dangerous market in the world. Maeklong Market. Kalau nak tengok keretapi lalu dalam pasar ni,boleh jenguk kat my insta #throw<-sawadekaptika




Gambar bukti dah sampai dah ambil, kita fokus untuk makan tengahhari. So kami cari makan area Maeklong Station. Makanan/Minuman tak pernah mengecewakan. Again terliur…

Then, kami pergi floating market pulak;Amphawa floating market.
Mostly, kedai tepi sungai, cuma sedikit sahaja orang bukak kedai disampan.


Cukuplah untuk hari kedua, mari balik hotel kat Bangkok. Kepada yang bertanya kenapa tak tidur kat sana jer sebab perjalanan agak jauh. Jawapannya, kami tak terfikir pulak, hahahahaha.

__________________

Third day, kami lebih fokus di bandar Bangkok mencuci mata. 




Chatucak Market here we go… barang from A o Z, semua ada disini. Harga pun berpatutan. Ok gais, boleh serbu sini lagi, Hahahahaha.












Last dinner,kita tapau sahaja. Penat cuci mata…








Balik Malaysia, sambung cuti alasan jet leg, ini semua poyoooo… jet leg mende, dua jam pun tak sampai- Bangkok-KL. huhuhu

No comments: