2010-10-20

ASMara oh asmaRA (ep1)

Keluarga Zaliya, kecuali kakaknya Tria mendapat tahu kehamilan Zaliya hasil hubungannya dengan Raziq. Kedua-duanya tidak sanggup menerima kenyataan itu dan masing-masing panik. Ibunya Rahayu mencadangkan Zaliya mengahwini Raziq. Bapanya Sahlan tidak mahu bermenantukan Raziq kerana dia anak musuh ketatnya Osman. Sahlan pernah Sahlan mencadangkan Zaliya menggugurkan kandungannya, Rahayu tidak setuju. Rahayu meminta Sahlan mengupah sesiapa sahaja untuk menjadi pak sanggup mengahwini Zaliya demi mengelakkan rasa aib keluarga. Sahlan buntu. Dia menemui Malik, memberitahu masalahnya. Sahlan mahu Malik membenarkan anaknya Asmara mengahwini Zaliya kerana Malik pernah berjanji untuk membalas hutang nyawanya dari Sahlan. Malik hampir dibunuh ceti haram kerana tidak membayar hutang dan dia diselamatkan oleh Sahlan. Pada mulanya Sahlan tidak memberitahu kehamilan Zaliya.

No comments: