2010-10-20

ASMara oh asmaRA (ep2)

Asmara merasa tertipu. Dia terpaksa menahan perasaan marah kerana dijadikan pak sanggup. Tetapi Zaliya meminta Asmara meneruskan hidup seperti biasa tanpa peduli hubungan mereka. Malah mereka tidak perlu menjadi seperti suami isteri yang lain. Perkahwinan yang dijalankan secara senyap-senyap membuatkan rakan sekolej tidak tahu hubungan mereka. Hubungan Asmara dan Melati juga berjalan seperti biasa dan Zaliya tidak berasa cemburu sedikit pun. Cuma tingkah laku Zaliya agak berubah. Sebelum ini dia selalu memperlekeh Asmara dan Melati yang dianggap pasangan klasik dan kuno, kebetulan kedua-duanya dibesarkan di kampung pula. Zaliya juga selalu menjauhkan diri dari rakan-rakan yang lain. Melati tidak mengesyaki apa-apa dan menaruh harapan kepada Asmara seperti biasa. Asmara berasa terseksa mendengar impian indah Melati yang ingin hidup bersamanya

No comments: