2010-10-20

ASMara oh asmaRA (ep4)

Asmara tertekan dengan permintaan abang Melati. Dia dalam dilema samada hendak memberitahu Melati apa sebenarnya yang berlaku atau sebaliknya. Melati pula selalu membayangkan kebahagiaan mereka selepas berkahwin nanti. Akhirnya Asmara cuba menjauhkan diri dari Melati. Alasannya dia ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajiannya memandangkan peperiksaan tahun akhirnya berbaki beberapa bulan sahaja lagi. Melati menerima alasan tersebut. Bagaimanapun ada ketikanya dia menghubungi Asmara dan ingin berjumpa. Asmara sangat mengelak untuk bertemu Melati. Melihat Melati selalu bersendirian tanpa Asmara, rakan sekolejnya Salman cuba menghampirinya. Salman memang sudah lama sukakan Melati tetapi tidak mahu mengganggu hubungan Melati dan Asmara. Melati memberitahu Salman, Asmara mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajiannya. Salman bagaimanapun mahu berkawan dengan Melati. Melati menerima Salman dengan baik.

No comments: