2010-10-20

ASMara oh asmaRA (ep5)

Zaliya semakin terus mengalami morning sickness. Sesekali Asmara cuba membantu Zaliya kerana simpati tetapi Zaliya menolak.Dia tidak mahu bantuan sesiapa walaupun Asmara. Tria menasihatkan Asmara membawa Zaliya ke klinik untuk mengesahkan kehamilannya. Untuk tidak menimbulkan syak wasangka Tria, Asmara terpaksa membawa Zaliya ke klinik. Bagaimanapun Zaliya tidak mengaku Asmara suaminya. Asmara tidak kisah tindakan Zaliya kerana dia memang tidak sukakan perkahwinan itu. Ketika keluar dari klinik, bekas kekasih Zaliya,Raziq yang selama ini menghilangkan diri, tiba-tiba terpandang Zaliya dengan Asmara. Raziq yang mengetahui kehamilan Zaliya berasa marah kerana Zaliya meneruskan kandungannya. Raziq pernah mendesak Zaliya membuang kandungannya.Raziq tidak mahu anak itu dilahirkan kerana dia tidak mahu terikat dengan sesiapa. Zaliya menerima panggilan Raziq, mengugut akan membunuh Zaliya dengan anaknya sekali jika Zaliya tidak mahu menggugurkan kandungannya.

No comments: