2010-11-10

ASMara oh asmaRA (ep10)

Zaliya tidak suka apa yang dilakukan oleh Asmara untuknya.Walaupun begitu dia tidak lagi bersikap garang dan membenci Asmara tetapi dia tidak mahu berhutang budi kepada Asmara. Sesekali Asmara membawa Zaliya balik ke kampung menemui neneknya bagaimanapun Zaliya tidak mesra dengan Nek Mah. Nek Mah pura-pura tidak tahu yang Zaliya mengandungkan anak orang lain. Tria pula datang ke rumah Zaliya. Dia melihat keadaan serba kekurangan yang terpaksa dilalui adiknya. Tria marahkan Asmara kerana tidak menyediakan semua keperluan untuk adiknya dan marah kerana Asmara enggan menerima bantuan keluarga. Tria mengugut akan membawa Zaliya pergi dari rumah itu jika Asmara mengabaikan kebajikan adiknya.Bagaimanapun Zaliya megakui dia bahagia hidup dalam keadaan begitu dan tidak mahu kakaknya masuk campur urusan mereka.

No comments: