2010-11-10

ASMara oh asmaRA (ep9)

Asmara dengan Melati saling meluahkan masalah masing-masing melalui telefon. Sesekali Zaliya merasa cemburu melihat Asmara berbual panjang di telefon bersama Melati. Tetapi tidak menunjukkan kemarahan di depan Asmara. Zaliya pula berasa bosan tinggal di rumah tanpa melakukan apa-apa. Asmara pula tidak perduli samada Zaliya melaksanakan tugas sebagai isteri atau tidak.Semua keperluan Zaliya disediakan oleh Asmara baik dari segi pakaian dan juga makanan. Malah Asmara melarang Zaliya membuat kerja-kerja rumah memandangkan keadaan Zaliya. Melihat Asmara bersusah payah untuk kehidupan mereka berdua, akhirnya tercetus perasaan simpati Zaliya kepada Asmara. Dia cuba meringanan tugas Asmara dengan menyediakan keperluan di rumah. Asmara tidak mahu Zaliya melakukan apa-apa untuknya.Kebaikan Asmara akhirnya melembutkan hati Zaliya.Semakin besar perutnya semakin sukar bagi Zaliya melalui kehamilannya. Ketika ini asmara banyak membantunya walaupun pada mulanya Zaliya menolak.

No comments: