2010-11-30

ASMara oh asmaRA (ep12)

Sahlan pula tidak mahu mengakui Adam sebagai cucunya. Dia mahu menyerahkan Adam kepada orang lain. Asmara tidak setuju rancangan Sahlan dan dia sendiri hendak menjaga Adam. Tria hairan mengapa Sahlan tidak mahu anak Zaliya. Sahlan nekad mengambil Adam yang kini masih ada di hospital untuk diberikan kepada orang lain. Bagaimanapun Asmara lebih dulu mengambil Adam dan membawa pulang ke kampung untuk dijaga oleh Nek Mah. Dalam masa yang sama Raziq juga sedang merancang melarikan Adam dari hospital. Rahayu memujuk Sahlan supaya membenarkan Adam dijaga oleh Nek Mah di kampung.

No comments: